Thursday, April 30, 2015

Kuantiti vs Kualiti

Kebiasaanya orang akan bertanya “Berapa banyak hartanah dah kau ada?”

Dalam dunia kekayaan pelaburan hartanah, bukannya terletak pada kuantiti, tapi kualiti hartanah tersebut.

Jangan hanya Fikirkan Kuantiti, tetapi Titikberatkan Kualiti.​

Sebagai contoh, mempunyai satu hartanah yang bernilai RM1,000,000 lebih baik daripada memiliki 10 buah hartanah yang hanya keseluruhannya bernilai RM300,000 sahaja.

Nak manage pun senang !

So, fikir-fikirkanlah ya. 

Saturday, April 25, 2015

KISAH BENAR - TELUR EMAS SETIAP BULAN

Beli apartment A.

Tahun 1

Monthly installment Apartment A - RM1,200. 
Sewakan pada RM1,700. 

Duit gaji direct bayar installment. Duit sewa buat saving. 

Cukup setahun dah boleh kumpul RM20,400.


Tahun 2

Modal terkumpul RM20,400. 

Target beli apartment B. Target harga RM160k. 

Alhamdulillah dapat below market. Boleh markup loan. Dapat balik modal RM20,400.

Sewa apartment B cukup-cukup boleh bayar installment. Tapi possibility untuk appreciation lebih tinggi. 

Apartment A - Naikkan sewa RM1,800. 
Cukup setahun dapat kumpul RM21,600.

Total saving selepas setahun = RM42,000.